Menu

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)

  • Apakah manfaat Pensijilan National Mark of Malaysian Brand?

    Pensijilan National Mark of Malaysian Brand menawarkan kelebihan unik yang membantu syarikat meningkatkan pengiktirafan dan kredibiliti jenama mereka di peringkat global, termasuk:
    • Pensijilan Disokong oleh Kerajaan Malaysia:Dengan memperoleh pensijilan berprestij ini yang disokong oleh Kerajaan, syarikat dapat memanfaatkan reputasi kukuh jenama Malaysia, sekali gus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pihak berkepentingan.
    • Keutamaan dan Pemudahcara dalam Jalinan Perniagaan:Syarikat yang diperakui menerima keutamaan dalam jalinan perniagaan, serta mendapat kemudahan untuk membina rangkaian hubungan di platform domestik dan antarabangsa, yang membantu membuka peluang ke pasaran baharu.
    • Peningkatan Kewujudan dan Pendedahan Pasaran:Syarikat memperoleh akses eksklusif ke promosi perdagangan, pameran, dan peluang pengiklanan tempatan dan antarabangsa, membantu syarikat mencapai sasaran pengguna yang lebih luas serta mengukuhkan kewujudan syarikat di pasaran.
    • Peningkatan Reputasi:Pensijilan ini berfungsi sebagai pengesahan kualiti, membolehkan syarikat mendapat pengiktirafan serta jemputan untuk menyertai sesi perkongsian berimpak tinggi dan program industri, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam bidang dan sektor masing-masing.
    • Akses kepada Sokongan Strategik dan Peluang Pembangunan:Syarikat berpeluang menyertai program latihan khas yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dan rakan strategiknya, yang direka khusus untuk meningkatkan kecekapan perniagaan, pembangunan jenama, dan daya saing keseluruhan.
  • Apakah proses yang terlibat untuk mendapatkan pensijilan di bawah Pensijilan National Mark of Malaysian Brand?

    Proses pensijilan melibatkan langkah-langkah berikut:
    1. Penghantaran Borang “Request for Information”- Untuk memohon sebut harga.
    2. Permohonan– Diteruskan setelah menerima dan bersetuju dengan sebut harga yang diberikan.
    3. Audit Peringkat 1– Penilaian terhadap sistem dan dokumentasi syarikat.
    4. Audit Peringkat 2– Penilaian terhadap pelaksanaan dan keberkesanan sistem serta dokumentasi syarikat.
    5. Pengeluaran Pensijilan – Diberikan setelah proses audit & bayaran yang diperlukan selesai.
  • Berapakah yuran untuk mendapatkan Pensijilan National Mark of Malaysian Brand?

    Yuran ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti saiz syarikat, skop pensijilan (produk/perkhidmatan), jumlah pekerja, dan lokasi. Untuk maklumat lanjut atau bagi mendapatkan borang Request for Information (RFI), sila hubungi sekretariat di talian 03-5544 6425 atau emel ke ask.msc@sirim.my.
  • Apakah jangka masa untuk mendapatkan Pensijilan National Mark of Malaysian Brand?

    Proses dari permohonan hingga penganugerahan sijil biasanya mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada tahap kesediaan syarikat.
  • Syarikat saya sangat kecil. Adakah saya layak untuk memohon?

    Ya, syarikat anda layak untuk memohon selagi memenuhi pra-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pensijilan National Mark of Malaysian Brand.
  • Syarikat saya adalah syarikat besar. Adakah saya layak untuk memohon??

    Ya, syarikat besar boleh memohon pensijilan ini. Walau bagaimanapun, syarikat mungkin tidak layak untuk menyertai sesetengah aktiviti atau program yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia, serta mungkin tidak layak menerima beberapa insentif yang ditawarkan.
  • Apakah pra-syarat kelayakan untuk Pensijilan National Mark of Malaysian Brand?

    Untuk memohon Pensijilan National Mark of Malaysian Brand, syarikat mesti:
    • Mempunyai Pensijilan Status PMKS daripada SME Corp. Malaysia (tidak tertakluk pada syarikat besar)
    • Mencapai sekurang-kurangnya penarafan 3 bintang dalam program SCORE oleh SME Corp. Malaysia (tidak tertakluk pada syarikat besar)
    • Memperoleh pensijilan sistem pengurusan yang diiktiraf atau setara (contohnya, ISO 9001)
    • Diperbadankan/didaftarkan dengan pemilikan ekuiti Malaysia sekurang-kurangnya 60% ekuiti Malaysia
    • Beroperasi dari premis perniagaan yang sah
    • Mempunyai jenama berdaftar yang diperakui oleh MyIPO
    • Menyediakan penyata kewangan beraudit selama 3 tahun berturut-turut
    Syarikat tidak digalakkan menggunakan identiti negara lain
  • Apakah aspek kriteria yang dinilai semasa audit bagi Pensijilan National Mark of Malaysian Brand?

    Kriteria berikut akan dinilai sepanjang proses audit:
    • Keupayaan Pengurusa
    • Keupayaan Kewangan
    • Pengurusan Operasi
    • Pengurusan Jenama dan Pemasaran
    • Kualiti dan Piawaian Produk/Perkhidmatan
    • Amalan Terbaik Pengurusan
    Tanggungjawab Sosial
  • Berapa lamakah tempoh sah Pensijilan National Mark of Malaysian Brand?

    Pensijilan NMMB adalah sah selama dua (2) tahun. Syarikat perlu menjalani proses pembaharuan sebelum pensijilan tamat tempoh bagi membolehkan penggunaan berterusan logo NMMB.
  • Siapakah yang boleh memohon Pensijilan National Mark of Malaysian Brand?

    Pensijilan NMMB terbuka kepada syarikat yang berdaftar di Malaysia, termasuk perusahaan Mikro, Kecil, Sederhana, dan Besar, yang memenuhi pra-syarat kelayakan yang ditetapkan.

wpChatIcon
wpChatIcon