“Coffeeland telah berjaya menarik perhatian dan semakin yakin terhadap pengedar luar negara pada masa hadapan. Dengan menerangkan kepada bakal pengedar mengenai Tanda Kebangsaan dan kriteria untuk memperoleh Pensijilan ini – melalui proses pemilihan dan audit piawaian tinggi yang melibatkan 8 kriteria penilaian serta sistem pemarkahan – ramai prospek menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi terhadap Coffeeland. Kami telah berjaya memeterai perjanjian dengan pengedar baharu kami di Indonesia.”
Kisah Kejayaan
Coffeeland Sdn Bhd

