Apakah jenis sokongan yang disediakan oleh SME Corp. Malaysia kepada syarikat semasa proses pensijilan NMMB?
SME Corp. Malaysia dan SIRIM QAS International Sdn Bhd menyediakan sokongan dalam bentuk panduan dan khidmat nasihat berkaitan pematuhan pra-syarat, persediaan menghadapi audit, dan pemahaman tentang proses pensijilan. Sokongan ini termasuk akses kepada sesi latihan dan bengkel yang disesuaikan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan syarikat untuk memperoleh pensijilan.