
Perutusan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia
Dalam landskap perniagaan yang sangat kompetitif masa kini, strategi pendekatan penjenamaan yang berkesan menjadi keutamaan bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan perniagaan, malah untuk mencapai keuntungan yang mampan dan kejayaan jangka panjang. Menyedari kepentingan elemen dan pendekatan ini, Pensijilan National Mark of MALAYSIAN BRAND telah dibangunkan secara strategik sebagai satu inisiatif utama dalam memperkasa syarikat PKS Malaysia dari pelbagai sektor pembuatan dan perkhidmatan melalui penjenamaan yang kukuh dan berwibawa.
Pensijilan berprestij ini, dibangunkan oleh SME Corporation Malaysia dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd., bukan sekadar satu lambang kecemerlangan ia adalah bukti komitmen jenama terhadap piawaian kualiti dan prestasi tertinggi. Jenama yang memperoleh pensijilan ini menunjukkan dedikasi mereka dalam mengekalkan piawaian kualiti yang khusus, sekali gus membezakan jenama mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Pensijilan National Mark of MALAYSIAN BRAND berperanan sebagai satu bentuk pengiktirafan yang berprestij, sekali gus memberikan kelebihan kompetitif yang signifikan kepada syarikat dalam pasaran. Dengan mempamerkan logo ini, jenama bukan sahaja memperoleh pengiktirafan dan kepercayaan daripada pihak berkepentingan termasuk pelanggan, pembekal, dan pekerja malah turut mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju dalam kualiti dan kecemerlangan.
Inisiatif ini bukan sekadar pensijilan ia merupakan platform untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan dan memastikan jenama Malaysia berdiri teguh di persada antarabangsa. Dengan pensijilan National Mark of MALAYSIAN BRAND, syarikat dapat melangkah lebih yakin dalam menghadapi cabaran pasaran global, disokong oleh jenama yang melambangkan kecermelangan dan keunggulan terbaik yang ditawarkan oleh Malaysia.
Terokai bagaimana National Mark of MALAYSIAN BRAND dapat memperkasa jenama syarikat untuk terus berkembang dalam persekitaran yang kompetitif hari ini.

SINCE 2009
Mengenai Program
Program pensijilan National Mark of MALAYSIAN BRAND, yang dibangunkan oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd., adalah inisiatif khusus untuk meningkatkan jenama Malaysia agar mencapai piawaian kualiti bertaraf antarabangsa. Melalui pematuhan terhadap kriteria yang khusus, syarikat yang menyertai program ini memperoleh hak berprestij untuk memaparkan logo ini pada produk dan perkhidmatan mereka, sebagai simbol kepada kualiti, kecemerlangan dan keunggulan pengiktirafan kerajaan.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh ekuiti jenama, malah turut meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa. Dilancarkan pada tahun 2009, program ini turut menawarkan pelbagai manfaat dan kelebihan seperti promosi perdagangan dan bimbingan pakar perniagaan, sekali gus mendorong pertumbuhan dan pengiktirafan jenama Malaysia di peringkat global.



Rationale Behind The Mark
The emblem or mark that represents the National Mark of MALAYSIAN BRAND is depicted in the form of a circular seal to communicate that the mark represents a ‘certification’ or ‘endorsement’ for the brand that it is associated with.
Rasional logo “MALAYSIAN BRAND”
Lambang atau tanda yang mewakili National Mark of MALAYSIAN BRAND digambarkan dalam bentuk meterai bulat bagi menggambarkan bahawa ia merupakan simbol ‘pensijilan’ atau ‘pengiktirafan’ kepada jenama yang dikaitkan dengannya.
Rationale Behind The Mark
The emblem or mark that represents the National Mark of MALAYSIAN BRAND is depicted in the form of a circular seal to communicate that the mark represents a ‘certification’ or ‘endorsement’ for the brand that it is associated with.

Lambang atau tanda yang mewakili National Mark of MALAYSIAN BRAND digambarkan dalam bentuk meterai bulat bagi menggambarkan bahawa ia merupakan simbol ‘pensijilan’ atau ‘pengiktirafan’ kepada jenama yang dikaitkan dengannya. Logo ini mengandungi beberapa lapisan gelang – setiap satu membawa maklumat tersendiri dan memainkan peranan dalam menyampaikan inti pati dan maksud di sebalik tanda ini. Gelang luar berwarna merah dan mempunyai sisi bergerigi, menyerupai meterai yang digunakan dalam kontrak dan dokumen rasmi. Reka bentuk ini memberikan rasa kewibawaan kepada pengiktirafan yang diberikan oleh tanda ini.

Di latar belakang, di belakang representasi grafik bunga kebangsaan, terdapat beberapa bentuk dalam tona yang lebih cerah. Ia berfungsi memberikan kedalaman dan tekstur kepada tanda ini serta melambangkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang diiktiraf oleh pensijilan National Mark of MALAYSIAN BRAND.

Pada gelang seterusnya, perkataan ‘MALAYSIAN BRAND’ dipaparkan dalam fon bergaya yang besar dan tebal pada latar belakang putih untuk memudahkan bacaan sekali gus menyampaikan nama logo tersebut. Pada gelang yang sama, turut tertera perkataan ‘Quality’ (Kualiti), ‘Excellence’ (Kecemerlangan), dan ‘Distinction’ (Keunggulan) – tiga elemen utama dalam setiap produk atau perkhidmatan yang menerima pengiktirafan logo ini.

Secara keseluruhan, gabungan elemen grafik dan warna mewakili satu tanda yang jelas beridentitikan Malaysia, tetapi bertaraf antarabangsa dan mempunyai daya tarikan global. Ia direka khas untuk menonjol, namun tetap serasi dengan sebarang pembungkusan atau bahan komunikasi pemasaran.

Di dalam gelang paling dalam, terdapat representasi grafik abstrak bunga kebangsaan Malaysia: Bunga Raya atau Hibiscus. Garisan grafik yang bergaya membentuk kelopak dan stamen bunga tersebut. Garisan ini juga membentuk huruf ‘M’, ‘S’, ‘I’ dan ‘A’, yang merangkumi singkatan popular bagi ‘Malaysia’ iaitu ‘Msia’.

Message from the CEO
Dalam landskap perniagaan yang sangat kompetitif masa kini, strategi pendekatan penjenamaan yang berkesan menjadi keutamaan bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan perniagaan, malah untuk mencapai keuntungan yang mampan dan kejayaan jangka panjang. Menyedari kepentingan elemen dan pendekatan ini, Pensijilan National Mark of MALAYSIAN BRAND telah dibangunkan secara strategik sebagai satu inisiatif utama dalam memperkasa syarikat PKS Malaysia dari pelbagai sektor pembuatan dan perkhidmatan melalui penjenamaan yang kukuh dan berwibawa.
Pensijilan berprestij ini, dibangunkan oleh SME Corporation Malaysia dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd., bukan sekadar satu lambang kecemerlangan ia adalah bukti komitmen jenama terhadap piawaian kualiti dan prestasi tertinggi. Jenama yang memperoleh pensijilan ini menunjukkan dedikasi mereka dalam mengekalkan piawaian kualiti yang khusus, sekali gus membezakan jenama mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Pensijilan National Mark of MALAYSIAN BRAND berperanan sebagai satu bentuk pengiktirafan yang berprestij, sekali gus memberikan kelebihan kompetitif yang signifikan kepada syarikat dalam pasaran. Dengan mempamerkan logo ini, jenama bukan sahaja memperoleh pengiktirafan dan kepercayaan daripada pihak berkepentingan termasuk pelanggan, pembekal, dan pekerja malah turut mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju dalam kualiti dan kecemerlangan.
This initiative is not just about certification; it is about opening doors to greater
business opportunities and ensuring that Malaysian brands stand tall on the global
stage. With the National Mark of MALAYSIAN BRAND, your business can confidently
navigate the challenges of the global market, armed with a brand that symbolises the
best of what Malaysia has to offer.
Explore how the National Mark of MALAYSIAN BRAND can empower your brand to
thrive in today’s competitive environment.
Manfaat Pensijilan
Logo “MALAYSIAN BRAND” berfungsi sebagai pasport eksklusif jenama syarikat ke arah pengiktirafan global, memaparkan produk dan perkhidmatan Malaysia kepada pengguna di pasaran global serta mewujudkan kesedaran jenama yang melangkaui sempadan tempatan.
Dengan piawaian kualiti yang khusus dan tertinggi, logo “MALAYSIAN BRAND” memperkasakan syarikat tempatan untuk memenuhi keperluan antarabangsa, sekali gus membuka peluang kepada penguasaan pasaran yang lebih meluas. Inisiatif ini bertujuan membina kepercayaan dan mengubah persepsi, seterusnya mengangkat kredibiliti produk dan perkhidmatan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, penerima ‘MALAYSIAN BRAND” juga akan menikmati faedah berikut:
Program Pensijilan NMMB membantu syarikat mendapatkan akses kepada promosi perdagangan tempatan dan antarabangsa serta program pengiklanan yang disokong oleh kerajaan. Ia mengurangkan kos, memudahkan proses permohonan, dan meningkatkan penyertaan dalam inisiatif subsidi, yang seterusnya memacu pertumbuhan dan memperluaskan jangkauan pasaran dan memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI).
Program Pensijilan NMMB menawarkan peluang kepada syarikat untuk menyertai program latihan pembangunan kapasiti yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dan rakan strategiknya. Program ini menyediakan pembangunan kemahiran dan kapasiti, bimbingan perniagaan, dan pengetahuan industri yang bernilai membantu syarikat meningkatkan keupayaan dan kekal berdaya saing dalam pasaran.
Program pensijilan NMMB turut dipaparkan dalam liputan media eksklusif, yang membantu meningkatkan keterlihatan dan reputasi penerima. Penyertaan dalam program berprestij ini turut memperkukuh kredibiliti jenama syarikat, sekali gus membantu menarik perhatian pelanggan dan rakan niaga berpotensi.
Rakan Program
SME Corp. Malaysia
SME Corporation Malaysia (SME Corp) was established under the Small Medium Enterprises Act 1995 (ACT593) and was formerly known as the Small Medium Industries Development Corporation (SMIDEC). It serves as the primary agency responsible for formulating policies and strategies for SMEs, coordinating programs across related Ministries and Agencies, and providing advisory services and information to SMEs in Malaysia. SME Corp’s vision is to be the premier organization for the development of progressive SMEs, enhancing wealth creation and social well-being. Its mission is to promote the development of competitive, innovative, and resilient SMEs through effective coordination and business support. Key functions include coordinating SME policies and programs, providing advisory services, managing data and information dissemination, and serving as the Secretariat to the National SME Development Council (NSDC).
SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
SIRIM QAS International Sdn. Bhd. is Malaysia’s foremost certification, inspection, and testing body, with a legacy of over three decades in the industry. Established as a subsidiary of SIRIM Group in 1997, it has become the preferred choice for local and international customers seeking certification, inspection, and testing services. Their certification scheme, recognized globally through partnerships like the International Certification Network (IQNet), enables companies to demonstrate compliance with international standards, facilitating market access and adding value to products and services. Customers benefit from one-stop solutions, market acceptance, and access to over 37 countries via IQNet. Accredited by prominent bodies such as STANDARDS MALAYSIA and UKAS, SIRIM QAS International ensures competency, impartiality, and credibility in conformity assessment, prioritizing consumer and environmental safety.
Rakan Program

SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
SIRIM QAS International Sdn. Bhd. merupakan badan pensijilan, pemeriksaan, dan pengujian terkemuka di Malaysia dengan warisan lebih daripada tiga dekad dalam industri ini. Ditubuhkan sebagai anak syarikat kepada Kumpulan SIRIM pada tahun 1997, ia telah menjadi pilihan utama pelanggan tempatan dan antarabangsa dalam perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian. Skim pensijilan mereka diiktiraf di peringkat global melalui kerjasama seperti Rangkaian Pensijilan Antarabangsa (IQNet), yang membolehkan syarikat membuktikan pematuhan terhadap piawaian antarabangsa, sekali gus memudahkan akses ke pasaran dan menambah nilai kepada produk serta perkhidmatan.
Pelanggan mendapat manfaat melalui penyelesaian sehenti, penerimaan pasaran, dan akses ke lebih 37 buah negara melalui IQNet. Diakreditasi oleh badan-badan berprestij seperti STANDARDS MALAYSIA dan UKAS, SIRIM QAS International memastikan kecekapan, ketelusan dan kredibiliti dalam penilaian pematuhan, serta mengutamakan keselamatan pengguna dan alam sekitar.
SME Corp. Malaysia
SME Corporation Malaysia (SME Corp) telah ditubuhkan di bawah Akta Perusahaan Kecil dan Sederhana 1995 (Akta 593) dan dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). Ia berperanan sebagai agensi utama yang bertanggungjawab dalam merangka dasar dan strategi untuk PKS, menyelaras program merentasi Kementerian dan Agensi berkaitan, serta menyediakan perkhidmatan nasihat dan maklumat kepada PKS di Malaysia. Visi SME Corp adalah untuk menjadi organisasi utama dalam pembangunan PKS yang progresif bagi meningkatkan penciptaan kemakmuran dan kesejahteraan sosial negara. Misinya adalah untuk menggalakkan pembangunan PKS yang berdaya saing, inovatif dan berdaya tahan melalui penyelarasan yang berkesan dan sokongan perniagaan yang kukuh. SME Corp. Malaysia berfungsi sebagai pusat rujukan bagi maklumat dan khidmat nasihat untuk PKS di seluruh negara.
SME Corp. Malaysia menyediakan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan perniagaan kepada PKS dan usahawan menerusi Hab PKS yang terletak di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, dan 12 Pejabat Negeri di seluruh negara.

Pendaftaran Antarabangsa
Cap dagangan “MALAYSIAN BRAND” kini telah didaftarkan di negara-negara berikut:
- Komanwel Australia
- Brunei Darussalam
- Georgia
- Hungary
- Republik Indonesia
- Korea Selatan
- Republik Itali
- New Zealand
- Republic of the Philippines
- Republik Türkiye
- United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland
Cap dagangan ini juga sedang dalam proses pendaftaran di beberapa pasaran utama, termasuk:
- Kerajaan Kemboja
- Kanada
- Republik Persekutuan Jerman
- Republik India
- Mexico
- Persekutuan Rusia
- Republik Singapura
- Amerika Syarikat
- Republik Sosialis Vietnam
Pendaftaran yang meluas ini adalah penting dalam memastikan cap dagangan logo “MALAYSIAN BRAND” dilindungi di bawah undang-undang harta intelek (IP) di pelbagai bidang kuasa. Perlindungan ini membantu mengelakkan penggunaan atau peniruan tanpa kebenaran terhadap cap dagangan tersebut, sekali gus menjaga integriti dan reputasi jenama-jenama Malaysia. Dengan memperoleh hak IP di pelbagai negara, termasuk pasaran utama ini, perniagaan Malaysia dapat memasuki pasaran antarabangsa dengan yakin, mengetahui bahawa identiti dan inovasi mereka dilindungi secara sah. Ini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pengguna, tetapi juga menggalakkan pelaburan dan pertumbuhan dalam landskap jenama Malaysia.
Kepentingan Utama
Pendaftaran
di Negara-Negara
Ini
Memperkukuh Integriti Jenama Malaysia:
Perlindungan cap dagangan membantu menjaga reputasi dan integriti jenama-jenama Malaysia, sekali gus mengukuhkan kredibiliti dan nilai mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Perlindungan Global di Pasaran Utama:
Cap dagangan yang didaftarkan di pelbagai negara memberikan perlindungan di bawah undang-undang harta intelek di pasaran yang pelbagai dan penting di seluruh dunia.
Perlindungan di Negara-Negara Eksport Utama ASEAN dan EU:
Cap dagangan ini telah didaftarkan di negara-negara utama ASEAN dan EU, yang merupakan antara pasaran eksport utama Malaysia. Ini memastikan produk Malaysia dilindungi di rantau yang penting untuk perdagangan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Pencegahan Penggunaan Tanpa Kebenaran:
Pendaftaran di pelbagai bidang kuasa mencegah penggunaan atau peniruan cap dagangan NMMB tanpa kebenaran, memastikan jenama-jenama Malaysia mengekalkan identiti unik mereka.
Menggalakkan Pelaburan dan Pertumbuhan:
Perlindungan cap dagangan membina kepercayaan dalam kalangan pengguna dan pelabur berpotensi, mendorong lebih banyak pelaburan dan pertumbuhan dalam ekosistem jenama Malaysia. Ia juga memacu pengiktirafan global dan pengembangan produk Malaysia di peringkat antarabangsa.