Program

Notis Makluman Penangguhan : Seminar National Mark of Malaysian Brand (NMMB) yang dijadual akan berlangsung pada 16 Mac 2020 di SIRIM Johor terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.

Aktiviti promosi National Mark of Malaysian Brand 2020, yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bertujuan untuk menarik lebih banyak syarikat PKS menyertai Program National Mark of Malaysian Brand Pro dan juga Program National Mark of Malaysian Brand Lite (bagi penganjuran APEC 2020). Melalui Program ini juga, PKS Malaysia yang baru dan berminat boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan, pengetahuan dan panduan dalam menjenamakan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran global.

Maklumat Utama

  • Sesi Perkongsian Maklumat dan Panduan Pensijilan bersama SME Corp. Malaysia, SIRIM QAS International, dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
  • PKS boleh menyertai dan memilih hanya satu negeri daripada 6 negeri yang terlibat iaitu Selangor, Terengganu, Penang, Johor, Sabah dan Sarawak
Pertanyaan Lanjut

Puan Norfaridah Limat
03-2775 6123 | faridah@smecorp.gov.my
Puan Norhayati Abu Bakar
03-2775 6192 | norhayati@smecorp.gov.my